IPTA dan IPTS

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pendapat Al-Syahid Hasan Al-Banna Mengenai Tasawwuf.

Saya rasa sangat berfaedah jika saya mencatit di dalam diari (buku harian) ini beberapa aspek mengenai peranan tasawwuf dan tariqat di dalam sejarah dakwah Islam. Bagaimana tasawwuf boleh wujud? Apakah kesan dan hasilnya? Sejauh manakah ia memberi faedah kepada masyarakat Islam? Saya tidak bercadang hendak membincangkan perkara ini secara ilmiah dan mendalam. Saya hanya ingin mencatit apa yang saya ingat berkenaan persoalan itu. Jika pendapat saya terbukti benar, ianya diperolehi dengan rahmatAllah jua. Puji-pujian bagi Allah andainya saya benar. Jika pendapat saya terbukti salah, maka kebaikanlah yang saya cari. Bagi Allah segala sesuatu.

Pada awal abad pertama, sempadan negara Islam telah kian meluas dan juga mencapai banyak kemenangan. Manusia memeluk Islam dari berbagai tempat. Orang Islam menjadi pemilik kekayaan dan harta yang banyak. Orang Islam pun mula cenderung kepada dunia dan segala ciri-cirinya yang menarik itu. Apabila masyarakat Islam telah meninggalkan kesederhanaan hidup dan kerajinan yang pernah wujud di zaman Rasulullah s.a.w.; apabila mereka mula terlibat di dalam keburukan dan kemewahan duniawi, maka muncullah tokoh-tokoh Islam yang wara’ dan berperibadi mulia untuk membawa peringatan dan pembaharuan kepada mereka.

Tokoh-tokoh ini berusaha membersihkan masyarakat dari cintakan kebendaan. Mereka memperingati masyarakat supaya bersedia untuk kehidupan akhirat. Di antara tokoh-tokoh yang terkemuka ini ialah Imam Hasan al-Basri. Banyak lagi para pendakwah lain yang menjejaki beliau. Orang-orang ini menyeru manusia agar mencintai dan mengingati Allah, takutkan Hari Perhitungan dan bersikap berpuas hati dengan apa yang dapat. Mereka menekankan betapa pentingnya tarbiyah diri, kepatuhan kepada Allah dan bersifat taqwa. Cara mereka bertindak dan berfikir berkembang seperti caban-cabang ilmu Islam serta corak pemikiran Islam yang lain. Ianya melalui proses yang sama. Jadilah ia ilmu yang menekankan pembinaan akhlak dan corak hidup tertentu. Tahaptahap ilmu tassawuf ini ialah zikrullah, ibadat dan ilmu ketuhanan (makrifat). Matlamat mereka ialah mencari keredhaan Allah dan mendapat syurga.

Saya menggelar ilmu tasawwuf Sebagai ilmu pendidikan dan akhlak. Sebenarnya ilmu tasawwuf adalah intisari pengajian Islam. Para ahli sufi mencapai tahap yang tinggi melalui ilmu (yakni ilmu tasawwuf) ini dalam mendekati Allah. Orang lain tidak boleh mencapai sebagaimana yang dicapai oleh golongan sufi. Mereka memimpin manusia agar menta’ati dasar dasar Islam dan menjalankan kewajipan mereka kepada Allah. Dari masa ke semasa, berlaku keterlaluan dalam ilmu tasawwuf.

Hal ini berlaku di dalam amalan berdiam diri, puasa, menahan diri dari tidur dan beruzlah (yakni berseorangan kerana hendak (beribadat). Islam telah meletakkan peraturan-peraturan yang jelas mengenai perkara perkara (amalan amalan) ini. Tujuan berdiam diri (tidak bercakap) ialah mengelakkan diri dari perkara sia-sia. Tujuan berlapar ialah berpuasa sunat. Tujuan mengurangkan tidur ialah untuk memudahkan beribadat di waktu malam. Tujuan beruzlah ialah menjauhkan diri dari perkara perkara yang merosakkan diri sendiri. Jika amalan-amalan ini dilaksanakan sepenuhnya menurut dasar-dasar Islam, maka hasilnya adalah berfaedah sekali.Walau bagaimanapun, ilmu permikiran tasawwuf ini tidak terhad setakat yang tersebut tadi.

Andainya ilmu sufi terhad setakat itu, ianyakan akan berguna pada manusia dan juga dirinya sendiri. Namun begitu, ilmu tasawwuf telah melewati sempadan itu dan telah bercampur aduk dengan ciri-ciri khayalan (intuition),falsafah, logik dan warisan daripada umat-umat terdahulu. Dengan cara ini ilmu tassawuf tadi tidak dapat mengekalkan ketulenannya. Ia pun menjadi satu campuran berbagai bida’ah yang asing dari Islam. Ia membuka peluang yang tidak terhad kepada kaum kafir, kaum murtad dan para ahli bidaah untuk menyelewengkan Islam atas nama atau laungan Islam tulen. Ilmu tasawwuf begini membolehkan kegiatan-kegiatan menentang Islam dijalankan dengan bertopengkan kerohanian. Oleh itu, apa yang diperkatakan mengenai tasawwuf ini perlu dikaji oleh para pengkaji dan orang-orang yang cintakan kemurnian agama agar dapat dipisahkan kepalsuan dari kebenaran.

Wujudnya politik kotor dalam tasawwuf

Kemudian datang pula zaman pemeringkatan ilmu tasawwuf. Wujudlah berbagai kumpulan sufi. Setiap ahli sufi mempunyai cara tarbiyah tersendiri dan mencipta kumpulan (tarikat sufi) sufi baru. Selepas itu ciri politik mula masuk ke dalam gelanggang tasawwuf. Ahli-ahli politik menggunakan ahli-ahli tasawwuf untuk tujuan politik mereka. Kumpulan-kumpulan sufi ini disusun menurut susunan para pejuang dan kadang kala disusun Sebagai persatuan-persatuan yang tertutup (atau persatuan-persatuan sulit). Dengan cara ini amalan sufi tulin telah melalui berbagai peringkat perubahan. Akhirnya, ia begitu berbeza sekali dari rupa asalnya. Amalan sufi sekarang telah hilang ketuhanannya. Bentuknya kini telah bercampur baur sehingga hari ini. Ini semua kesan dari sejarahnya yang panjang. Contoh yang dapat kita lihat ialah di Mesir sendiri dari segi ketua ketua tariqat sufi dan murid-muridnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu tasawwuf dan tariqat telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam di pelusok dunia yang jauh. Penyebaran Islam tidak mungkin tercapai tanpa semangat berdakwah ahli-ahli sufi ini. Islam tersebar luas lantaran usaha usaha mereka ini. Bahkan Islam masih tersebar di pelbagai bandar Afrika dan di kawasan tengah Afrika melalui ahli-ahli sufi. Begitu juga halnya dikebanyakan kawasan Asia. Memang benar amalan sufi mempunyai pengaruh yang besar terhadap hati dan batin seseorang, namun begitu, percampurannya dengan fahaman-fahaman lain telah menjadikannya mendatangkan kerosakan lebih banyak dari kebaikan bahkan kadang-kadang boleh menghancurkan terus.

Adalah menjadi tanggungjawab Muslimin untuk membuat satu rancangan bagimemulihkan kumpulan-kumpulan sufi yang telah menyeleweng. Mereka boleh dipulihkan dengan senang kerana mereka mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian. Bahkan merekalah yang paling mudah menerima pemulihan dan pembetulan jika pendekatan yang sesuai digunakan.

Para ulamak dan pendakwah perlu meluangkan masa untuk menumpukan perhatian kepada usaha memulihkan kumpulan-kumpulan sufi ini. Para ulamak ini sepatutnya meneliti segala kitab-kitab berkenaan ilmu tasawwuf yang ada. Mereka sepatutnya mengkaji segala masalah dan keadaan yang menyentuh ilmu ini kemudian menapis pencemaran dan kepalsuan yang ada di dalamnya. Kemudian mereka perlu memberi kepimpinan yang penuh ketaqwaan kepada golongan sufi tersebut. Saya teringat kepada Syed Taufiq Al-Bahri (r.a.) yang begitu bersusah payah mengkaji masalah-masalah dan hal ehwal golongan sufi ini. Kemudian beliau menulis buku yang menyentuh perkara tersebut. Tetapi rancangan beliau tidak terlaksana kerana sesiapa pun tidak memberi perhatian mengenai perkara tersebut selepasnya.

Syeikh Abdullah Afifi juga sangat berminat dalam perkara ini. Tetapi minatnya hanyalah dari segi teori dan bukan amali. Andainya ketiga kekuatan ini iaitu kekuatan ilmiah Al-Azhar, kekuatan rohani para sufi dan kektan amali gerakan Islam dapat bertindak secara berpadu, maka satu ummat Islam yang sempurna akan wujud di seluruh dunia. Umat begini menjadi pemandu dan bukan pengikut. Umat begini akan menjadi contoh kepada kaum-kaum lain. Umat begini boleh menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliah. Tetapi semua perkara ditentukan oleh Allah SWT.

Detik-detik Hidupku (Al-Syahid Hasan Al-Banna)

2 comments:

mohad said...

salam... saya telah link blog ni..

amin aL-khalidiy said...

wsalam...teruskan..mga manfaat pd semua...