IPTA dan IPTS

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

RAHSIA KESEMPURNAAN SOLAT: (KHUSYUK)

Sahabat Rasulullah s।a.w, Abu Darda' pernah berkata : Khusyuk ialah pengagungan terhadap tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan ia adalah dari syaitan. - Al Asas Fi At Tafsir oleh Said Hawa-

Ramai orang islam yang mengerjakan solat tetapi berapa ramai yang dapat merasai khusyuk di dalam solatnya? khusyuk merupakan perkara maknawi yang tidak dapat dilihat namun mampu dirasa oleh sebahagian orang. Sebuah kitab fiqh yang menyentuh secara khusus tentang bab solat ini ialah Muniatul Musalli yang mana solat digambarkan sebagai persembahan hadiah kepada Khaliq. Solat yang tidak khusyuk ibarat prsembahan hadiah yang tidak bernilai dan tidak memberi sebarang makna.

Perumpamaan yang dinukilkan oleh pengarang kitab ini ialah solat itu diibaratkan seperti batang tubuh manusia. Kemuncak bagi matinya fungsi batang tubuh ialah apabila tiada lagi roh atau nyawa yang mendiami batang tubuh tersubut. Jesteru, solat yang tidak khusyuk telah dimenifestasikan oleh pengarang kitab sebagai batang tubuh yang tidak bernyawa, kaku dan mati.

Secara ironisnya, perkara paling asas yang harus difahami oleh setiap orang islam ialah kebersihan hati menjadi faktor yang membawa kepada kekhusyukan dalam solat, penekanan perlu diberikan kepada ibadah hati tanpa mengabaikan rukun-rukun yang berkaitan dengan anggota badan.

Menurut Iman al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ada menyebut bahawa enam unsur ibadah hati yang perlu diberi perhatian ialah kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu. Kehadiaran hati bermaksud, hati tidak merawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat.

Pengagungan dan merasai kehebatan Alllah hasil daripada kefahaman berhubung keagongan dan kebesaran Allah. Harap pula bermaksud, menharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah sahaja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadat yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.

Beberapa pengaruh luaran turut perlu dikawal dan dijaga dalam memastikan seseorang mampu mencapai tahap khusyuk didalam solatnya. Antaranya jika seseorang berasa lapar hendaklah dia menjamah makanan terlebih dahulu sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan muslim bermaksud:"Apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulailah dengan mengambil makanan terlebih dahulu".

Dalam kitab Ihya Ulumuddin pada bab rahsia solat dan kepentingannya, Imam al-Ghazali berkata: "pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan dan sekaligus menganggu kekhusyukan seseorang. Oleh itu, menjauhkan diri dari semua perkara tersebut merupakan satu-satunya jalan yang boleh dilakukan. Sebagai contoh, tidak melakukan solat di tempat yang penuh ukiran kesenian atau diatas sejadah yang mempunyai celupan warna yang menarik serta gambar-gambar.Ketika hendak bertakbiratul ihram hendakalah dikeluarkan dari hatinya segala perkara yang boleh menggangu jiwanya, dan dimasukkan kedalam hati itu ingatan kepada akhirat dan dibayangkan keadaan huru-hara ketika berdapan dengan Allah suatu hari nanti.

Walaubagaimanapun, hawa nafsu memang susah hendak dikawal.Manusia akan terus bermain tarik tali dengan hawa nafsunya. Manusia yang memang mencintai dunia dan condong kepadanya tidak boleh menharapkan kelazatan bermunajat di dalam solat.

Justeru, mujahadah hendaklah dilakukan dan ini adalah satu ubat yang pahit. Cita-cita duniawi dan ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpankan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dimasukkan kedalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka, kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu..

Wallahua'lam.......

No comments: