IPTA dan IPTS

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Mufti Oh Mufti

Sudah lama membaca lenggok penulisan SS Mufti . Juga pernah mengikut kuliah yang diadakan . Sememangnya SS Mufti seorang yang petah berhujah dan bijak berkata2. Sejak dari KIK lagi diakui oleh rakan sepengajian. Mengikut penulisan dan percakapan SS Mufti dari dulu hingga sekarang menampakkan ada kelainan dan perubahan .

Sebelum melanjutkan lagi pena ini saya bukanlah ahli mana2 parti dan tidak perlu membayar yuran ahli kepada mana2 pihak . Namun dalam pemerintahan dan sokongan apabila menyebut utuk mendaulatkan Islam , maka sudah tentulah parti berjenama Islam itu menjadi pilihan apabila ditanya orang. Takkan itupun hendak diselindungkan atas alasan strategi dan kebijaksanaan?

Sejak kebelakangan ini semakin kelihata sindiran dari SS Mufti sama ada dalam penulisan mahupun khutbah yang disampaikan di Masjid Syed Alwi. Di sini saya ingin komentar sedikit penulisan SS Mufti .. mana yang salah minta dibetulkan.

Tuan Mufti telah menulis ;

" Hari ini ada negeri yang ditadbirkan secara campuran parti termasuk yang berjenama Islam. Media melaporkan sayap pemuda parti berkenaan membuat bantahan demi bantahan terhadap persembahan artis tertentu di negeri tersebut, sehingga ke peringkat untuk mengadakan demonstrasi aman. Nampaknya belum berjaya lagi."


Inilah kelebihan mufti yang apabila menulis beliau akan berusaha sedaya mungkin untuk berselindung. Telah diketahui umum parti mana yang berjenama Islam. Dan sempat menyindir " Nampaknya belum berjaya lagi ". Sultan sendiri mahu berjumpa. Adakah itu dikatakan tidah berjaya ? MB mahu berbincang apakah itu tidak berjaya ? Yang pentingnya mereka ini masih dengan pendirian mereka. Dan berdemo itu adalah alternatif terakhir yang akan diambil menunjukkan tanda tiadanya setuju atas apa yang dibuat. Sudahlah dahulu asyik menidakkan usaha parti yang berjenama Islam melibatkan diri dalam politik. Sekarang apabila Parti berjenama Islam tidak mampu memperolehi kuasa majoriti maka masih lagi ingin menidakkan usaha mereka. Cukuplah tuan mufti dengan cara lemah – lembut yang mufti sarankan sebelum ini. SS mufti gunalah cara tersebut .. pergilah kepada pemimpin dan bercakaplah kepada mereka secara berhemah dan jangan kuat2 kerana pemimpin ada egonya.

Saya sendiri merasa hairan mengapa SS Mufti yang dahulunya bersungguh2 menidakkan usaha menegur pemerintah secara terang2 an tetapi kini selepas PRU 12 begitu sibuk menampakkan diri menegur terang2an pemerintah. Tuan Mufti juga mengatakan ..yang lebih kurang bunyinya " sekiranya ada hadis yang mengatakan menegur pemerintah itu mesti turun ke padang maka tuan muftilah orang pertama yang akan melakukannya ". Masih lagi kata2 ini terdapat dalam koleksi youtube.

Tuan mufti menulis lagi ;

Jika mereka masih ingat, pada awal Mei lepas saya yang teramat daif dan kerdil ini membantah persembahan Faizal Tahir di Perlis. Alhamdulillah, dengan satu bantahan ternyata berkesan. Tidakkah negeri mereka juga ada mufti? Apa yang hendak saya sebut, keberkesanan dalam melakukan perubahan itu, tidaklah mutlak mensyaratkan seseorang menjadi ahli parti politik.

SS Mufti membantah kehadiran Faizal Tahir tetapi rakyat perlis dihidangkan dengan nyanyian dan lenggokan artis perempuan yang mendedah aurat dan menggiurkan. Apa Aulawiyyat yang diguna pakai di sini. Artis lelaki yang mungkin menutup aurat dan suaranya tidak dipertikaikan sama ada aurat atau tidak ..dihiglightkan dan artis perempuan yang memang mendedah tidak diwawarkan. Inikah kejayaan SS Mufti yang amat berkesan.

Tuan mufti menulis lagi ;

Ramai sarjana atau ilmuan yang terlibat dengan politik. Mereka memberi pandangan tentang politik, menegur orang politik dan seumpamanya. Mereka tidak menjadi ahli parti. Sekalipun, barangkali mereka tidak cukup kemampuan untuk berpolitik, tetapi mereka mampu menilai politik dan kuasa.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a menulis buku tentang politik yang diberi judul as-Siyasah as-Syar’iyyah fi Islah al-Ra’I wa al-Ra’iyyah (Politik Syar’i Dalam Membaiki Pemerintah dan Rakyat). Buku itu menjadi rujukan umat sehingga hari. Ibn Taimiyyah berjuang dengan keringat dan airmata membaiki ahli politik. Beliau tidak menjadi pemerintah atau menteri, tetapi beliau menegur dan membetulkan pemerintah dan menteri. Lebih hebat, beliau mati dalam kurungan pihak berkuasa.

Ya itulah contoh yang telah ditunjukkan oleh Ibn Taimiyyah. Beliau telah menegur pemerintah dan bukannya berdampingan , bersenyum , bertawa ria dan berpelukan dengan pemerintah yang zalim. Pemerintah di kala zaman Ibn Taimiyyah masih melaksanakan hukum Islam tetapi menyeleweng dalam beberapa perkara. Namun Ibn Taimiyyah tidak bersekongkol dan menolak jawatan yang ditawarkan. Itulah contohnya. Adakah Tuan Mufti sedang meneladani contoh ini. Tuan mufti bersenang lenang dan ke sana kemari dengan pemerintah yang ada sekarang ini. Apakah dugaan yang Tuan Mufti terima ? Kalau Ibn Taimiyyah mengikut apa yang tuan mufti lakukan sekarang. Duduk bersama pemerintah , menegur .. kalau tidak diterima maka diamlah sahaja. Maka tidaklah Sheikul Islam Ibn Taimiyyah akan dikurung sebegitu ... apakah contohnya di sini.

Namun ramai yang enggan atau memandulkan cara fikir disebabkan ketaksubannya. Sehingga ada yang berfikir apabila parti atau pihak musuh politiknya berbuat salah, maka itu bererti partinya atau dirinya di pihak yang benar. Padahal itu bukan semestinya. Mungkin parti lawan awak buat salah, dan awak juga buat. Mungkin parti A menyeleweng di sudut kewangan, anda menyeleweng di sudut agama. Mungkin dia menyeleweng dalam sepuluh perkara, awak pula dalam sepuluh perkara yang lain. Mungkin juga seperti kata P.Ramlee dalam filem ‘Tiga Abdul’ ketika diberitahu bahawa Sadik Sigaraga menjual abang-abangnya, jawabnya: “Dah kena dah, penyamun jual penyangak”.

Mungkin .. mungkin .. mungkin. semuanya mungkin. Selagi mana kita mengatakan mungkin maka selagi itulah tiada penyelesaiannya. Jadi adalah elok Tuan Mufti senaraikan apa yang mungkin menyeleweng di sudut agama. Bukan apa. Saya sendiri amat risau kalau saya memberi sokongan kepada mereka2 yang menyeleweng dalam agama. Bukannya benda kecil tetapi AGAMA. Menyeleweng dalam beragama bermakna anda berada dalam keseatan . Cukuplah tuan Mufti ceritalah apa yang menyeleweng itu .. tak perlulah berselindung. Kalau ianya hanya mungkin janganlah bermain2. Ada yang taksub mazhab. Ada yang taksub pandangan. Ada yang taksub Parti. Ada yang taksub pemimpin. Tapi ada juga yang taksub DIRI SENDIRI.

Oleh Mintak_lalu .. "

No comments: