IPTA dan IPTS

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Perbahasan Mengenai Mazhab As-sya’airah

As-sya’airah adalah mazhab dalam ilmu akidah atau ilmu tauhid, As-sya’airah adalah mazhab yang terkenal, diikuti dan diamalkan di seluruh dunia oleh masyarakat Islam Sunni daripada dahulu hingga sekarang. As-sya’airah adalah nama yang dipadankan dengan nama pengasas mazhab itu iaitu Abu hassan Ali al-Asy’ari (260H-324H) yang terkenal dengan gelaran As-sya’airah yang juga dikenali dengan mazhab Ahlus Sunnah Wal jamaah.

Contohnya di dalam maznab fiqah yang diambil sempena namanya seperti Mazhab hanafi diasaskan oleh Imam Abu Hanifah,mazhab Maliki (Imam Malik) , mazhab Syafie (Muhammad bin Idris as-Syafie) dan mazhab Hambali diasaskan oleh Ahmad bin Hambal dan sebagainya. Dalam Ilmu aqidah, terkenal dengan nama-nama besar mazhab aqidah seperti As-sya’airah iaitu mazhab Ahlus Sunnah Waljamaah. Muktazilah, Murji’ah, Jabariah, Musyabbihah dan yang lain-lain.

Pengasas mazhab As-sya’airah ini, Ertinya sebelum tertubuh mazhab As-sya’airah bermakna mazhab Muktazilah telah berleluasa, kerana ia anutan ramai masyarakat Islam temasuk para Khulafa’ (khalifah-khalifah) yang memerintah ketika itu. Abu Hassan ini pada mulanya menjadi murid kepada seorang ulama besar muktazilah yang amat mashyur iaitu Abu Ali Muhammad Abdullah al-Jubbbaaie yang kebetulan menjadi bapa tiri kepada Abu Hassan.

Abu Hassan amat cerdas otaknya, kuat menghafal, mudah mengingat, berfikiran terbuka dan amat kritikal. Beliau tidak menerima bulat-bulat apa yang diajar oleh gurunya yang juga bapa tirinya. Beliau mendapati gurunya lebih banyak bersandarkan hujjah kepada akal dan menbelakangi ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Sedangkan sepatutnya, nas-nas syarak di dahulukan dan akal dikemudiankan.

Banyak pengangan dalam mazhab Muktazilah yamg berkaitan dengan akidah ini, mengutamakan akal, tanpa mempedulikan nas-nas syarak, meski pun ia jelas dan terang. Abu Hassan mendapati terlalu banyak percanggahan antara hukum yang dipakai dalam Muktazilah dengan nas-nas syarak, akhirnya beliau mengisytiharkan keluar dari mazhab Muktazilah dan melawan semua hujjah akal dengan menggunakan hujjah syarak.

Beliau juga telah banyak membatalkan pegangan Muktazilah dan akhirnya tertubuh mazhab baru iaitu As-sya’airah yang dikenali juga dengan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Di Malaysia dan Tenggara Asia, hampir keseluruhan berpegang kepada mazhab As-sya’airah atau Ahlus Sunna wal Jamaah.

Adapun tuduhan yang mengatakan As-sya’airah itu suatu ajaran yang sesat kerana memperbahaskan mengenai ayat-ayat sifat (ayaatussifaat). Iaitu ayat-ayat yang menyentuh tentang sifat-sifat Allah. Dalam al-Quran terdapat ayat yang menyebut secara khusus ‘tangan Allah, ‘muka Allah’, manakala ada hadis yang menyebut ‘Allah turun ke langit bumi’ dan sebagainya. Dalam perbahasan ayat-ayat seumpama ini, mazhab As-sya’airah atau Ahlus Sunnah wal Jamaah berpegang kepada takwil. Iaitu mengkiaskan sifat-sifat Allah tersebut dengan makna yang layak baginya, tanpa mengurangkan sedikit pun kesempurnaan Allah dan tidak boleh dikatakan sebagai mensyirikkan Allah.

Contohnya, ayat yang menyebut ‘tangan Allah berada di atas tangan mereka’ maka As-sya’airah menafsirkan tangan itu bermaksud kekuasaan Allah mengatasi kekuasan manusia. Jika ayat yang bermaksud ‘semua alam ini akan binasa, yang tinggal ialah muka Allah Maha Mulia’, ditakwilkan muka itu dengan Zat Allah.

Pada pegangan sesetengah ulama di Arab Saudi, mereka tidak mahu dan mengatakan tidak boleh sama sekali mentakwil sifat-sifat Allah. Mereka melarang takwil seumpama yang saya sebutkan di atas. Kata mereka, kalau tangan Allah, maka tanganlah, jika muka, maka ia muka Allah. Di sinilah mereka melarang sehingga menjatuhkan hukuman syirik seperti yang selalu kita dengari sebagaimana yang disebutkan.

Elok juga saya sebutkan As-sya’airah ini adalah ulama besar yang telah mengarang kira-kira 300 judul kitab-kitab agama yang tinggi nilai yang kebanyakannya dalam ilmu akidah. Yang menjadi pengikut kepada mazhab ini adalah majoriti umat islam, termasuk ulama-ulama ulung yang diketahui kewarakan dan keilmuan mereka dalam bidang masing-masing.

Ada antaranya adalah ulama besar dalam ilmu tafsir seperti Imam al-Qurtubi, Imam Fakhruddin ar-Razi, Imam an-Nasafi, Imam Ibnul Jauzi dan banyak lagi. Dalam Ilmu hadis terdapat banyak pengikut As-sya’airah seperti Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, Imam al-Hafiz al-Baihaqi, Imam Nawawi dan sebagainya. Dalam bidang fikah, terdapat ulama besar Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Imam Zakaria al-Ansari, Imam as-Sharbili dan lain-lain. Banyak lagi Imam yang masyhur seperti Imam al-Haramain al-Juwaini, Imam Abu Bakr al-Baqilani, Imam al-Qastalani dan seluruh ulama lain.

Oleh yang demikian, patutkah mazhab yang sebegini begitu mudah dikatakan sesat dan syirik. Ia hanya dakwaan yang lebih banyak membawa kepada pepecahan dan fitnah daripada kebaikan. Apakah tidak patut dijadikan perpaduan ummah itu sebagai suatu kemestian. Kita hanya menjelaskan apa pegangan kita sahaja. Jangan sekali-kali mempertikaikan apa yang orang lain lakukan jika tidak bertentangan dengan syarak agama dan pandangan jelas dari jumhur ulama. Sekian. Wallahua ‘lam........

No comments: