IPTA dan IPTS

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Kenapa Perlu Bersama PAS?

Ramai orang yang tidak berminat dengan politik, ada yang minat, ada yang sokong umno, ada yang sokong pas dan lain-lain. Bagi yang sokong pas, KENAPA SOKONG PAS? Kadang-kadang susah juga nak jawab kan?

pada pendapat saya, sebetulnya menyokong pas kerana ISLAM dan IMAN...
Kalau based on islam sahaja, pas parti islam, umno pun dipimpin oleh orang melayu islam, walaupun perjuangan umno bersifat asabiyah melayu, orang umno pun mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa, tunai zakat dan pergi haji...
Untuk membezakan umno dan pas ialah IMAN...

Walaupun kita melakukan semua yang digariskan rukun islam yang 5 tu, adakah kita beriman dengan rukun iman yang 6?

rukun iman ialah percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab, percaya kepada rasul, percaya kepada hari akhirat & percaya kepada qada' dan qadar...inilah dia sepatutnya asas iman yang juga disebut sebagai asas AQIDAH kita...
Adakah kita dikataan beriman jika kita tidak percaya kepada kandungan kitab al-Quran yang diturunkan Pencipta kita & Pemilik seluruh alam ini, Allah SWT melalui malaikat Jibril kepada Nabi SAW sebagai panduan atau manual kepada manusia untuk hidup di dunia sebelum menghadapi hari akhirat?

Sedangkan setiap rakaat solat kita, kita diwajibkan membaca surah Al-Fatihah di mana di dalamnya kita memperakukan bahawa Allah SWT adalah Raja hari pembalasan (akhirat), kepada Allah jualah kita menyembah dan kita memohon pertolongan, dan kita memohon ditunjukkan jalan yang lurus...

Terkandung di dalam al-Quran mengatakan judi itu haram, tapi kita membenarkan kedai-kedai nombor ekor dan pusat kasino terbesar di asia tenggara di Genting Highland...
Al-Quran mengatakan arak itu haram, tapi kita membenarkan arak dijual secara terbuka tanpa dihadkan kepada yang bukan islam sahaja. Arak dijual sewenang-wenangnya di premis-premis 7-eleven dan sbagainya...

Al-Quran mengatakan maksiat itu haram, tapi konsert-konsert maksiat dibenarkan secara terbuka atas nama malam tahun baru, malam kemerdekaan, konsert akademi fantasia dan sebagainya, bahkan kelab-kelab malam bersepah di ibu kota...

Al-Quran mengatakan hukum islam itu yang terbaik kepada umat manusia. Tapi kita memperlekehkan hukum Allah SWT dan mengguna serta percaya sepenuhnya dengan hukum ciptaan akal kita sendiri...

Mungkin kita beralasan bahawa kita sememangnya beriman dan percaya kepada al-Quran. Tetapi semua contoh yang disebut diatas itu bukan tanggungjawab kita, ianya tanggungjawab kerajaan melalui pemimpin-pemimpin yang kita pilih. Lagipun negara ini negara majmuk, ada bukan islam cina, india dan lain-lain...

Sesungguhnya walaupun kita tidak menyokong judi, arak, maksiat, memperlekehkan hukum islam dan segala yang berlawanan dengan isi kandungan al-Quran secara direct, tapi disebabkan sokongan kita, maka kerajaan terbentuk...

Jadi apa jua tanggungjawab kerajaan akan tertanggung ke atas diri kita. Kita bertanggungjawab sama dengan pemimpin-pemimpin yang kita lantik tersebut...

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 166 dan 167:
166: (Iaitu) ketika ketua-ketua yg menjadi ikutan itu berlepas diri dari org2 yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

167: Dan (pada masa yg mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: "Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

Boleh jadi pula kita mengatakan yang semua itu tidak berkait dengan diri kita, dengan soal AQIDAH kita. Kita mengatakan politik dan pentadbiran negara itu lain, tambahan pula kita kan dalam masyrakat yang majmuk, sedangkan apa yang berkait dengan agama islam itu lain. Islam cuma apa yang berkait sepertimana rukun-rukun islam itu sahaja, dalam soal solat 5 waktu, puasa, zakat, pergi haji, soal nikah kawin, urusan jenazah.

Sesungguhnya ISLAM ITU SEMPURNA. Sepatutnya kita tidak boleh menolak sebahagian dari ajaran islam dan hanya menggunapakai sebahagian yang lain. Islam itu meliputi semuanya, iaitu dalam soal kehidupan seharian, perniagaan, politik, sosial, sukan, kejiranan, soal nikah kahwin, kematian dan lain-lain.

Apabila kita hanya mengambil sebahagian dan menolak sebahagian Ajaran islam yang lain, sebagai contoh kita mengamalkan islam kecuali dalam soal politik dan pentadbiran negara, yang dinamakan juga sebagai SEKULAR, maka sesuailah jika dikatakan kita tidak beriman, bahkan SESAT sama sekali kerana telah menolak islam.
sebagai perbandingan, apabila kita pergi membeli sesuatu barang seperti sayur contohnya di pasar, kita akan hanya beli sayur yang baik dan tidak rosak, sebaliknya kita akan reject sayur yang buruk, yang dimakan ulat, ini kerana sayur itu tidak sempurna lagi…

begitu jugalah dalam hal ini, apabila kita menolak sistem politik dan pentadbiran negara secara berpaksikan kepada islam, maka kita telah secara tak langsung mengatakan yang islam itu tidak sempurna sama sekali. Adakah ini tidak dinamakan SESAT???

Sedangkan dalam surah al-Fatihah ketika solat 5 waktu sehari semalam, kita telah memohon kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang diberi nikmat ke atas mereka, bukannya jalan orang-orang yang Allah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat…

Jadi dalam hal ini, apabila ada segolongan umat islam yang mengajak kita bersatu, harus ditanya atas dasar apakah untuk kita bersatu? Atas dasar islam yang sebenar atau atas dasar secular yang diberi pelbagai nama yang indah-indah seperti ISLAM HADHARI…

Dalam khutbah terakhir Nabi SAW pada 9 Zulhijjah 10H di lembah Uranah, Arafah, antara lain sabda baginda:

“Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggungjawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan fahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, iaitulah AL-QURAN dan contoh-contohku sebagai AS-SUNNAH dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.”

wallahua’lam…

No comments: